Monday, 11 July 2011

Hina Lagu Negaraku : Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ambil Tindakan.

Assalammualaikum.......
Negaraku
Pelajar Universiti Malaysia Terengganu menghina lagu Negaraku....????

Facebook Mohd Farizal
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peraturan universiti jika benar penuntutnya terlibat mengubah lirik lagu Negaraku dengan menghina raja dan Perdana Menteri dalam laman sosial Facebook. 
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Dr Yahaya Ibrahim menyifatkan perkara itu sebagai serius berkata, pihaknya membuat laporan polis, kelmarin supaya perkara itu disiasat. 

“Laporan polis sudah dibuat pendaftar semalam (kelmarin) di Balai Polis Gong Badak dan hari ini (semalam), pendaftar akan pergi ke balai polis untuk memberi keterangan mengenainya,” katanya kepada media ketika ditemui selepasSimposium Tahunan Antarabangsa Ke-10 Universiti Malaysia Terengganu, di sini, semalam. 

Individu yang menggunakan nama profil Mohd Farizal dengan status pendidikan sebagai penuntut UMT (kelas 2007) telah mengubah lirik lagu Negaraku dalam laman sosialnya dengan menghina raja, mencerca dan mempersendakan lagu tersebut, selain turut menghina Perdana Menteri dalam komentar yang dibalasnya berhubung lagu kebangsaan itu. 

Mengulas lanjut, Dr Yahaya berkata, pihaknya belum pasti sama ada benar individu tersebut adalah penuntut UMT memandangkan hasil semakan dalam pendaftaran pelajar yang menuntut di kampus tersebut menunjukkan bahawa nama individu terbabit tidak wujud. 

“Kita tidak tahu sama ada nama yang kita cari itu tidak menggunakan ejaan nama sebenar menyebabkan namanya tiada dalam sistem atau memang dia sudah ‘grade’ atau menyamar penuntut UMT,” katanya. 

:Katanya, jika benar terbukti individu tersebut adalah penuntut UMT, pihaknya akan merujuk kepada Lembaga Disiplin untuk diambil tindakan wajar. 

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan perkara tersebut tidak patut berlaku terutama meminda lagu Negaraku dengan perkataan kurang sopan, lebih-lebih lagi oleh seorang penuntut universiti.

p/s Apa motif pelajar Universiti Malaysia Terengganu menghina lagu Negaraku...?????

1 comment:

  1. ish2... apa la.... kok pon xpuas hati pon... xpayah la sampai pakai lagu negaraku... cuba la guna saluran yg btol utk diperdengarkan ketidakpuasan hati tu... adoih... tp kan sapa la dia yg xpuas hati tu... da byk berjasa sgt ker kat negara sampai cmtu skali?? muhasabah diri tu dlu... apa jasa kat negara sblom tuntut apa2 kat negara...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...