Wednesday 9 November 2011

MasterChef Malaysia | Chef Riz..Melakukan Kesilapan....????



Chef Riz mohon maaf kerana kesilapan maklumat profil




Kredibiliti juri program televisyen Masterchef Malaysia, Mohd. Nadzri Redzuawan atauChef Riz tergugat apabila pihak pengurusan sebuah restoran terkemuka di Amerika Syarikat menafikan anak kepada chef selebriti, Chef Wan itu pernah bekerja dengan mereka.

Penafian itu dibuat selepas Chef Riz, 29, dalam profil kelayakannya yang disiarkan dalam laman web Astro Ria mendakwa beliau pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babboo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.

Astro  mengesahkan wujud kesilapan fakta dalam profil Chef Riz tersebut dan ia telah dikeluarkan dari laman web itu.

"Chef Riz telah memohon maaf kepada penonton program Masterchef Malaysia di atas kesilapan memperincikan butiran profil kelayakannya secara berlebihan dan pihak Astro Ria telah menerima penjelasan beliau itu," 

Sumber : malaysiascore

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...