Thursday 16 June 2011

Protein lipas dalam darah anak


Assalamualaikum...moga ceria-ceria selalu

Ibu dan anak, perlulah memiliki persekitaran yang sihat lebih-lebih lagi mempunyai anak yang masih kecil. Terdapat laporan mengatakan terdapat protein lipas dalam darah anak.....Ikutilah laporan di bawah;

2011/06/13

NEW YORK: Lipas dikenal pasti sebagai kemungkinan punca peningkatan kadar asma di kalangan kanak-kanak Bandaraya New York.

Di kebanyakan kejiranan di bandaraya itu, 19 peratus atau hampir seorang daripada lima kanak-kanak mengalami asma manakala kadar di tempat lain adalah serendah tiga peratus.
Sebelum ini, kesibukan trafik, insinerator perindustrian dan sumber pencemaran udara luar lain dikatakan punca penyakit itu.
Namun penyelidik di Universiti Columbia mendapati kanak-kanak yang tinggal di kejiranan dengan kadar tinggi asma adalah dua kali ganda berkemunkinan membawa antibodi terhadap protien lipas dalam darah mereka, petunjuk bahawa mereka terdedah dan alah kepada serangga perosak itu.

Malah, kediaman di kejiranan dengan kadar tinggi asma mengandungi lebih alergen yang dihasilkan lipas dalam habuk rumah. - Reuters

p/s: jagalah persekitaran kita agar sihat selalu

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...