Wednesday 8 June 2011

Bebanan yang perlu ditanggung

Assalamualaikum, GENG...

Kita sebagai ibu kepada anak-anak, terus-terusan dibebankan dengan harga minyak yang semakin naik. Ini suatu realiti kehidupan dimana kebanyakan kaum ibu di Malaysia semuanya bekerja bersama-sama suami menjana pendapatan seisi rumah. kenaikkan harga minyak naik sampai 2 atau 3 kali dalam sebulan. Ehm bila harga minyak naik tentulah harga barang-barang pun  naik lah, contoh susu, gula. Tekanan demi tekanan bagi para ibu untuk menguruskan kehidupan seharian. Yang pelik pihak Petronas ada mengatakan keuntungan yang berlipat kali ganda seperti dibawah; Diharap lepas ne harap-harap harga minyak turun lah yek...dapatlah para ibu menarik nafas lega.

Untung, Pendapatan Petronas Meningkat

    June 8, 2011
KUALA LUMPUR – Untung Petronas meningkat kepada RM63 bilion untuk tabung kewangan berakhir 31 Mac 2011, naik hampir 40 peratus berbanding tahun lalu.
Presiden yang juga CEO Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, ia dijana oleh harga minyak yang tinggi dan jumlah jualan yang lebih banyak.
“Petronas mencatat pendapatan RM241.2 bilion, naik 14.4 peratus berbanding RM210.8 bilion tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar disini, hari ini.
Dengan pencapaian itu, katanya, Petronas kini mempunyai baki tunai di tangan sebanyak RM155.3 bilion dengan RM30 bilion daripada itu akan
dibayar kepada kerajaan sebagai dividen.
Dengan pencapaian itu juga, Petronas akan meningkatkan perbelanjaan modal kepada RM300 bilion yang akan dibelanjakan untuk lima tahun akan
datang.
Pada masa yang sama, Petronas juga ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan kerana akan mengurangkan subsidi gas secara berperingkat dari RM20 bilion buat masa ini sehingga 2015.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...